Soalan Lazim
✻
Permohonan
1. Siapakah yang layak menyertai Anugerah ini?
Sekiranya anda berumur antara 16-25 tahun, warganegara atau menetap di Malaysia.
2. Adakah terdapat yuran pendaftaran?
Tidak. Program ini adalah percuma kepada semua peserta untuk memohon. Namun, bayaran akan dikenakan ke atas beberapa aktiviti sukarelawan di organisasi tertentu atau/dan untuk menampung perbelanjaan penginapan, pengangkutan dan makanan.
3. Bilakah tempoh permohonan dibuka?
Permohonan akan dibuka dari 1 Mar 2023 sehingga 30 Apr 2023.
4. Bagaimanakah proses untuk memohon?
Sila tekan di sini untuk melihat langkah-langkah proses permohonan.
5. Bolehkah saya memilih organisasi sukarelawan yang saya inginkan?
Anda boleh memilih sehingga tiga (3) organisasi pilihan anda. Kemudian, kami akan tempatkan anda di organisasi terpilih mengikut kekosongan.
6. Berapakah jumlah maksimum organisasi sukarelawan yang boleh saya sertai?
Jumlah maksimum yang anda dibenarkan untuk menjadi sukarelawan adalah sebanyak 3 organisasi.
7. Adakah saya perlu ke luar daerah untuk menjadi sukarelawan?
Organisasi pilihan anda mestilah berdasarkan keupayaan anda untuk menjalankan kerja luar. Sila pastikan anda memilih organisasi yang bersesuaian dengan anda.
Butiran Anugerah
8. Adakah saya perlu menjadi sukarelawan sepanjang 3 bulan? Bagaimanakah sekiranya saya tidak dapat memberikan komitmen sepanjang tempoh 3 bulan menjadi sukarelawan?
Anda tidak perlu menjadi sukarelawan sepanjang tempoh 3 bulan. Perkara ini bergantung kepada organisasi tersebut dan program mereka, terdapat organisasi yang memerlukan sukarelawan sehari dalam seminggu bergantung kepada hari tertentu mengikut jam yang telah ditetapkan, atau hanya pada hujung minggu, atau sepenuh masa. Namun, ia bergantung kepada anda. Anda boleh menjadi sukarelawan kepada organisasi yang bersesuaian dengan jadual anda dan masa yang anda inginkan.
Senario 1:
Sekiranya anda mempunyai masa hanya seminggu dalam bulan Ogos, anda boleh menjadi sukarelawan kepada organisasi yang memerlukan sukarelawan untuk 7 hari sahaja. Sekiranya anda menjadi sukarelawan selama 8 jam sepanjang 7 hari, maka anda akan dapat mengumpulkan sebanyak 55 jam dan layak untuk mendapat 2 bintang.
Senario 2:
Sekiranya anda mempunyai masa pada hujung minggu, anda boleh menjadi sukarelawan kepada organisasi yang memerlukan sukarelawan pada hujung minggu sahaja. Sekiranya anda berkhidmat selama 5 jam setiap Sabtu dan Ahad, anda boleh mengumpulkan sebanyak 45 jam selama satu bulan.
Senario 3:
Sekiranya organisasi memerlukan sukarelawan sepenuh masa, bermakna anda akan menghabiskan masa sepanjang 3 bulan bersama dengan organisasi tersebut di tempat mereka. Namun, permohonan ini adalah untuk pemohon yang ingin menjadi sukarelawan sepanjang 3 bulan sepenuhnya.

9. Apakah perbezaan bagi setiap peringkat dalam anugerah ini?
Terdapat tiga (3) peringkat dalam anugerah ini berdasarkan jumlah minimum sukarelawan yang telah dilengkapkan:
- 1 Bintang: 45 Jam
- 2 Bintang: 55 Jam
- 3 Bintang: 75 Jam
10. Bolehkah saya menjadi sukarelawan di mana-mana badan organisasi di Malaysia?
Tidak, sebagai peserta untuk anugerah ini, senarai organisasi telah disediakan dan anda boleh memohon untuk menjadi sukarelawan berdasarkan organisasi yang dinyatakan. Kesemua organisasi ini bertempat di seluruh Malaysia: Kuala Lumpur, Perak, Penang, Sabah dan sebagainya.
Sijil dan Anugerah
11. Adakah saya akan menerima sijil setelah berjaya mengumpulkan jumlah jam yang tertentu?
Tempoh menjadi sukarelawan adalah antara bulan Julai dan Oktober. Peserta yang telah mengumpulkan jumlah jam yang mencukupi serta telah melengkapkan portfolio online mereka, akan menerima sijil pada majlis penyampaian anugerah yang akan diadakan pada bulan Disember, dengan syarat sekiranya mereka telah melengkapi kesemua syarat yang telah ditetapkan.
12. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mencapai minimum 45 jam?
Peserta yang tidak berjaya untuk mencapai minimum 45 jam akan diberikan sijil penghargaan, tetapi tidak akan dianugerahkan 1 bintang. Ini tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.