Anugerah (RASMA)

Anugerah (RASMA)

Roots & Shoots Malaysia Award

Pengaruh positif daripada Dr. Jane Goodall dan juga falsafah Roots & Shoots adalah untuk memberi inspirasi bagi penubuhan anugerah ini untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia untuk bergerak lebih jauh dalam bidang sularelawan; tidak hanya pada kesedaran semata-mata, malah mampu untuk membawa perubahan yang positif kepada komuniti dan sekeliling. Matlamat Roots and Shoots Malaysia Award (RASMA) adalah untuk:

Mengiktirafkan belia yang telah berjaya menyelesaikan aktiviti-aktiviti kesukarelawan yang bukan hanya sekadar memberi kesedaran kendiri malah setiap individu mampu memahami dan menceritakan sesuatu masalah dan isu tersebut. Mereka haruslah dapat memahami peranan yang perlu mereka lakukan dan dapat menyumbang jalan penyelesaian bagi masalah dan isu tersebut.
Mempromosikan semangat kesukarelawanan di kalangan belia, memupuk jiwa mereka dalam menjadi seseorang yang bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu/masalah, mencari jalan penyelesaian, dan mengambil tindakan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Memberikan impak yang positif dalam diri belia dengan mempromosikan pembangunan diri dan pembentukan kemahiran-kemahiran yang boleh menjadikan mereka sebagai seseorang yang lebih bernilai dan memberi sumbangan kepada alam sekitar.

Kami berharap agar peserta-peserta RASMA dapat menjadi individu yang lebih berkeyakinan tinggi untuk menghasilkan penyelesaian dalam jangka masa yang panjang yang boleh membawa kebaikan kepada persekitaran fauna dan flora, dan juga seluruh masyarakat.
Roots & Shoots Malaysia berbangga menerima Yayasan Hasanah sebagai rakan kerjasama. Dalam memajukan impak yang berpanjangan, strategi Hasanah’s Environment termasuklah menghentikan penguraian dan defragmentasi di kawasan-kawasan yang kritikal di Central Forest Spine melalui advokasi, tindakan komuniti dan inisiatif masyarakat sivil. Kami juga amat berterima kasih kepada semua rakan organisasi yang lain yang turut menjadi sebahagian daripada RASMA.



Mohon Sekarang
Sebarang pertanyaan? Sila lihat Soalan Lazim atau Hubungi Kami.