Rakan Kami

Rakan Kami

Rakan Kami

Anugerah Roots & Shoots Malaysia kini berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang dikaitkan dengan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, dan syarikat swasta untuk membangunkan golongan muda dengan membina kapasiti mereka dalam kerja pemuliharaan alam sekitar.


Rakan Komuniti





Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC)

Diasaskan oleh Wong Siew Te pada tahun 2008. Matlamat utama BSBCC adalah untuk melindungi beruang matahari melalui rehabilitasi, pendidikan dan penyelidikan. Kini, BSBCC telah menempatkan sebanyak 46 beruang matahari yang telah diselamatkan.

Layari Laman Web

EcoKnights

EcoKnights merupakan oganisasi alam sekitar bukan berasaskan keuntungan yang menerajui kehidupan kelestarian dan menyokong komuniti pembikin filem, dan ahli alam sekitar yang mewakili diversiti, inovasi dan visi yang unik. EcoKnights berkhidmat kepada komuniti melalui intervensi berpandukan pembangunan daripada program pendidikan dan kesedaran kepada membuat kajian; dan program penglibatan awam serta perkhidmatan konsultasi.

Layari Laman Web

ERE Consulting Group Sdn Bhd

ERE Consulting Group merupakan syarikat konsultansi yang mecadangkan jalan penyelesaian untuk isu-isu alam sekitar kepada kerajaan, industri dan organisasi serantau Asia. Kami juga menkaji keperluan masyarakat terhadap makanan, tempat perlindungan, tenaga dan pengangkutan. Matlamat kami adalah untuk memastikan perlindungan alam semula jadi dan kesejahteraan manusia.

Layari Laman Web

Free Tree Society Kuala Lumpur

Kami menghasilkan projek komuniti sederhana dan acara yang bertumpu kepada alam sekitar yang bernilai. Daripada tapak semaian perdana kami yang menakjubkan, di Bangsar, kepada mengendalikan bengkel korporat dan wawancara, kepada membina trak dan tapak semaian mudah alih bagi kesedaran alam sekitar yang pertama di dunia, kepada memilih dan menyusun program pendidikan untuk sukarelawan, dan bermacam-macam lagi, matlamat kami adalah untuk melibatkan dan mendidik orang awam dalam kelestarian, menegakkan kepentingan memulihara alam sekitar kita, menanam lebih banyak pokok dan menyelamatkan planet ini. Terdapat banyak keseronokan dalam bermain dan melakukan amali!

Layari Laman Web
Gunung Mulu National Park

Kami menyediakan khidmat bagi pihak kerajaan Sawarak dalam menguruskan Tapak Warisan Dunia bagi Malaysia , ini termasuklah kesemua perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan perlancongan, penginapan, F&B dan sebagainya.

Layari Laman Web

Khazanah Research Institute

Institusi Penyelidikan Khazanah (KRI) menjalankan penyelidikan dalam isu-isu yang penting berkaitan rakyat. Kami mencadangkan polisi untuk meningkatkan kebajikan rakyat Malaysia berdasarkan kajian tersebut.

Kami melakukan perkara ini melalui: Analisis ketat yang tidak berat sebelah berdasarkan data yang dijumpai; Mengadakan perbincangan dengan orang yang berkaitan, untuk memberikan penerangan yang lebih jelas terhadap isu-isu tertentu; Menganjurkan pengetahuan dan maklumat yang telah kami perolehi.

Layari Laman Web

Malaysian Primatological Society

MPS ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan pemangkin ahli primatologi untuk memperkasakan penyelidikan terhadap pemuliharaan dan pendidikan terhadap primata di Malaysia, pada masa yang sama melakukan program jangkauan masyarakat di seluruh Malaysia. MPS juga aktif bekerjasama dengan International Primatological Society (IPS).

Layari Laman Web

Malayan Rainforest Station

Malayan Rainforest Station (MRS) merupakan NGO berasaskan penyelidikan yang bekerja dalam pemuliharaan dan pemerkasaan komuniti di Merapoh, Pahang. Tumpuan utama MRS adalah untuk mempromosikan pemuliharaan dan usaha untuk mengkaji melalui data berasaskan bukti serta penglibatan aktif dalam komuniti tempatan sebagai pendekatan holistik dan lestari. MRS juga bertindak sebagai pusat membuat kajian dimana kami bekerjasama dengan pelbagai institusi penyelidikan tempatan dan juga antarabangsa yang merentasi bidang kehidupan liar dan tumbuhan sambil memindahkan pengetahuan kepada komuniti Melayu tempatan dan orang asli Bateq di Kawasan Merapoh.

Layari Laman Web

Perak State Park Corporation

Perbadanan Taman Negeri Perak atau Perak State Park Corporation (PSPC) merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi warisan semula jadi kami. Terdapat lima taman negeri dibawah PSPC iaitu Taman Negara Royal Belum, Taman Negara Pulau Sembilan, Taman Alam Kinta, Geopark Lembah Kinta dan Tapak Arkeologi Warisan Dunia Lembah Lenggong.

Layari Laman Web

Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (Rimau)

Rimau merupakan NGO ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang berdedikasi untuk menyelamatkan harimau Malaya dan habitatnya.

Layari Laman Web

Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara, Selangor (KDCF Society)

KDCF Society ditubuhkan untuk menjadi organisasi komuniti tumpuan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dalam menguruskan kawasan Hutan Simpan Kota Damansara yang baru diwartakan (2010). Komuniti ini memainkan peranan utama dalam menganjurkan perlindungan hutan dengan membangunkan laluan hutan atau forest trails. Laluan hutan yang lestari ini penting dalam mendapatkan sokongan orang awam untuk hutan tersebut. Sejak melindungi hutan, persatuan ini telah berterusan aktif dalam pendidikan alam sekitar, rekreasi, kesukarelawanan, khidmat komuniti, dan Roots & Shoots Malaysia Award (RASMA).

Layari Laman Web

Project GreenSmiths

GreenSmiths membayangkan masa hadapan dimana golongan muda data membina sebuah planet yang mampan untuk semua kehidupan di bumi. Misi utama kami adalah untuk melancarkan projek ekspedisi, menyediakan kepakaran dan menyediakan golongan yang mahir serta memperkasakan belia untuk berkolaborasi, menghadapi situasi sebenar berkenaan kehidupan alam sekitar dan juga berterusan memikirkan cara untuk melibatkan diri dalam dunia alam semula jadi.

Layari Laman Web

Roots And Shoots Malaysia

Roots and Shoots Malaysia merupakan organisasi belia yang diasaskan oleh Jane Goodall . Matlamat utama kami adalah untuk meletakkan harapan dan mendorong golongan belia di Malaysia untuk menjangkaui melebihi tahap kesedaran dan membawa perubahan positif kepada persekitaran dan komuniti mereka. Anugerah berasaskan kepada perkhidmatan ini menggalakkan belia untuk menyumbangkan masa mereka terhadap perkhidmatan yang lebih besar daripada perkhidmatan kepada diri sendiri.

Layari Laman Web

The Habitat Foundation

The Habitat Foundation adalah sebuah badan kebajikan yang berhubung rapat dengan The Habitat Penang Hill. Program yang dianjurkan meliputi pendidikan, pemuliharaan, penyelidikan, latihan dan initiatif kelestarian.

Layari Laman Web

Treks Event Sdn Bhd

TREKS adalah sebuah pertubuhan konsultasi yang membuat aktiviti alam semulajadi dan membina pasukan di Genting Highlands. Kami juga merupakan sebuah perusahaan sosial yang terlibat dalam pemeliharaan biodiversiti di Genting Highlands dan juga memupuk kesedaran melalui program pendidikan TREKS Nature Academia.

Layari Laman Web

Tropical Rainforest Conservation and Research Centre

Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan fokus kepada penubuhan ex-situ Tropical Rainforest Living Collections (TRLCs) dan penjagaan tanaman di seluruh Malaysia untuk menyokong pemuliharaan spesis tanaman yang tergugat dan terancam. Kebanyakan biji benih tropika tidak senang untuk tumbuh dan juga sujar untuk disimpan di dalam tempat penyimpanan benih. TRCRC bertujuan untuk meningkatkan status pemuliharaan pokok RTE Malaysia dan mencegah kehilangan spesis tanaman tropika. TRCRC percaya proses kolaborasi bokeh membawa perkembangan pesat. Oleh itu, TRLCs direka untuk melengkapkan usaha agensi-agensi kerajaan dan NGO yang terlibat dalam penyimpanan dan pemuliharaan pokok dan hutan Malaysia.

Layari Laman Web

Turtle Conservation Society of Malaysia

TCS ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan yang pertama bagi tujuan pemuliharaan penyu air tawar di Malaysia. Matlamat persatuan ini adalah untuk memulihkan populasi penyu liar yang terjejas melalui kerjasama dengan organisasi, individu dan masyarakat setempat yang setujuan.

Layari Laman Web

Water Watch Penang

Water Watch Penang (WWP) merupakan perbadanan bukan berdasarkan keuntungan yang diasaskan pada bulan November 1997 sebagai sebahagian daripada insiasitif Melestarikan Penang dibawah naugan Socio-economic & Environmental Research Institute (SERI) of Penang.

Layari Laman Web


Sertai Kami

Anda berminat untuk menjadi salah seorang rakan untuk Anugerah Roots & Shoots Malaysia yang akan datang?



Maklumkan Kami