Home Page (BM)

Memperkenalkan RASMA

The Roots & Shoots Malaysia Award

Pembangunan Belia Malaysia Melalui Kerja Sukarelawan

Maklumat Lanjut


Anugerah Roots & Shoots Malaysia atau RASMA adalah sebuah anugerah yang bertujuan untuk memberi impak yang positif kepada golongan belia Malaysia. Anugerah ini mengiktirafkan golongan belia yang telah melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam program ini yang berteraskan nilai-nilai saling menghormati, melindungi dan memelihara alam sekitar.

Anugerah ini telah dianjurkan untuk menggalakkan golongan belia untuk menyumbangkan masa mereka kepada pembangunan alam sekitar yang secara langsungnya akan turut membantu dalam pembangunan jati diri. Ini adalah selaras dengan matlamat Roots & Shoots iaitu: Bertindak melangkaui Kesedaran.

Pengalaman Sukarela

Girrishaa A/p S.Rajan
Graduan 2024
Sebelum ini, saya menghargai alam semula jadi dari jauh sahaja. Namun, pengalaman menjadi sukarelawan bersama Roots & Shoots telah membuka peluang untuk saya belajar daripada para pakar serta terlibat secara lebih mendalam dalam usaha pemuliharaan. Kini, saya lebih memahami betapa rapuh namun pada masa yang sama tabahnya alam ini. Yang lebih penting, bekerja bersama rakan-rakan saya menyedarkan bahawa pemuliharaan bukan sekadar tentang menyelamatkan spesies. Ia berakar daripada “Sumber Harapan”, bahawa setiap usaha kecil mampu menyumbang kepada perubahan yang bermakna.
Liew Sheng
Graduan 2022
Kekuatan dan kejelasan yang saya peroleh daripada pengalaman ini memberi saya motivasi untuk kembali menyambung pengajian dengan semangat yang baharu. Saya belajar untuk menikmati apa yang saya lakukan, melaksanakannya dengan tujuan yang jelas, dan terus berusaha dengan penuh ketekunan. Nilai-nilai ini membentuk diri saya pada hari ini dan akhirnya membantu saya memperoleh tempat di Harvard University, di mana saya kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana.
Putri Aisha Qistina
Graduan 2023
RASMA merupakan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah yang bersifat praktikal bagi saya. Program ini mengajar saya tentang kekuatan impian dan tindakan kecil, tiada apa yang benar-benar kecil apabila kita menetapkan tekad untuk melaksanakannya. Saya belajar untuk percaya pada diri sendiri dan bersuara bagi pihak mereka yang tidak mampu bersuara, walaupun tiada siapa yang mendengar. Pengalaman ini memberi saya harapan terhadap penambahbaikan, perubahan, dan perkembangan yang lestari untuk semua makhluk hidup.

Pesanan Jane

“Together we can, Together we will, Together we must save the world!”

Dr. Jane Goodall merupakan salah seorang ahli etologi dan pemuliharaan alam sekitar yang paling terkenal di dunia. Beliau menghabiskan lebih 40 tahun mengkaji cimpanzi, sekali gus mengubah pemahaman kita tentang haiwan yang luar biasa ini serta habitat mereka. Sepanjang hidupnya, beliau telah menginspirasikan jutaan manusia untuk menjaga bumi dan semua makhluk di dalamnya. Walaupun beliau telah meninggal dunia, legasinya terus hidup melalui gerakan global yang beliau bina, yang menggalakkan generasi muda menjadi agen perubahan dan mengambil tindakan demi pemuliharaan, belas ihsan, dan harapan. Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Jane Goodall di sini.

“Apa yang paling penting ialah harapan. Jika kita tidak mempunyai harapan, kita akan berputus asa dan tidak melakukan apa-apa dalam dunia yang penuh dengan keganasan dan ketakutan ini. Kamulah, golongan muda, yang memberi saya harapan yang paling besar. Apabila anda memahami masalah yang dihadapi dan diberi kuasa untuk bertindak, apa yang anda lakukan di seluruh dunia sungguh luar biasa.”

“Nasihat yang saya berikan kepada golongan muda hari ini adalah sama seperti yang ibu saya berikan kepada saya ketika saya berusia 10 tahun dan berkata bahawa saya akan membesar, pergi ke Afrika, hidup bersama haiwan liar dan menulis buku tentang mereka. Semua orang ketawakan saya. Bagaimana mungkin saya boleh melakukannya? Kami tidak mempunyai wang. Perang Dunia Kedua sedang berlaku. Saya hanyalah seorang kanak-kanak perempuan. Namun ibu saya selalu berkata, ‘Jika kamu benar-benar menginginkan sesuatu, kamu perlu berusaha bersungguh-sungguh, merebut setiap peluang yang ada dan jangan sekali-kali berputus asa.’ Saya membawa pesan itu kepada golongan muda… di seluruh dunia.”


Kenapa Ambil Bahagian?

Melebihi 30 Rakan Organisasi yang Menarik

Anda akan berpeluang untuk belajar sambil membantu rakan-rakan organisasi kami.
Berikan Impak yang Positif

Gunakan akal, emosi dan kudrat untuk mengubah dunia.
Jadilah Sebahagian daripada Komuniti RASMA

Komuniti Rasma terdiri daripada golongan muda yang mempunyai hasrat yang sama dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti.
Penghargaan apabila Tamat Tempoh Sukarela

Anda akan dianugerahkan dengan sijil penghargaan selepas menghabiskan tempoh sukarelawan dan akan menyertai keluarga Alumni.

Program Oleh

Disokong Oleh

Rakan Organisasi