Untuk memohon, anda mestilah:
- Berumur di antara 16-25 tahun
- Warganegara atau menetap di Malaysia
- Mempunyai kemahiran yang asas dalam Bahasa Inggeris memandangkan beberapa program akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris
- Ingin menjadi seorang pemimpin yang berbelas kasihan
- Komited untuk memenuhi masa sukarela anda
- Berdedikasi dan bersemangat untuk menyelamatkan alam sekitar kita
Tahap Anugerah
Anugerah ini mempunyai tiga (3) tahap dengan setiap tahap yang berikutnya memerlukan masa sukarela yang minimum:
Proses Anugerah
1 | Pendaftaran Online dan Muat Naik Dokumen |
Pemohon perlu mendaftar sebelum tarikh tutup permohonan |
2 | Dipilih untuk sesi temuduga |
Jawatankuasa Anugerah akan menghubungi semua pemohon yang telah dipilih daripada borang permohanan yang diterima untuk sesi temuduga (secara bersemuka ATAU melalui panggilan video)
Temuduga ini akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Jawatankuasa Anugerah berkemungkinan akan menyoal anda berkenaan soalan-soalan di dalam borang permohonan
|
3 | Sekiranya dipilih |
Pemohon akan dimaklumkan melalui emel |
4 | Pengenalan kepada organisasi |
Semua peserta terpilih akan diperkenalkan kepada organisasi mereka |
5 | Taklimat |
Pemohon akan diberikan taklimat sebelum menjadi sukarelawan |
6 | Aktiviti Sukarela |
Semua peserta akan menjalani tempoh perkhidmatan sebagai sukarelawan. Peserta perlu mengisi jam yang telah dilengkapkan ke dalam laporan online melalui platform "Award Self-Reporting" yang disediakan |
7 | Majlis Penyampaian Anugerah |
Setelah syarat-syarat dilengkapkan, semua peserta akan menerima sijil pada majlis penyampaian anugerah |
Tarikh Tutup Permohonan
Tempoh Sukarela
Document Yang Diperlukan
Di dalam borang permohonan, anda akan diminta untuk memuat naik dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Foto berukuran passport
- Keputusan Akademik/Transkrip Akademik terkini
Senarai Organisasi
Semasa mengisi borang permohonan, pemohon akan diminta untuk mengisi 5 organisasi pilihan anda daripda senarai dibawah untuk bekerja sebagai sukarela. Jawatankuasa Anugerah RASMA akan mempertimbangkan pilihan anda apabila memilih calon yang sesuai untuk setiap organisasi.
Huraian:
Diasaskan oleh Wong Siew Te pada tahun 2008. Matlamat utama BSBCC adalah untuk melindungi beruang matahari melalui rehabilitasi, pendidikan dan penyelidikan. Kini, BSBCC telah menempatkan sebanyak 46 beruang matahari yang telah diselamatkan.
|
Lokasi Aktiviti:
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Penglibatan dalam operasi harian di BSBCC, terutamanya penternakan, memberi makan, dan membuat aktiviti pengayaan untuk beruang. Sukarelawan juga akan membantu dalam pembangunan infrastruktur, penanaman pokok dan penyelenggaraan kandang hutan atau forest enclosure.
- Mempelajari mengenai beruang matahari pada tahap rehabilitasi dan proses untuk melepaskan mereka kembali kepada kehidupan yang liar.
- Pendidikan – Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelancong, komuniti tempatan dan pelajar.
- Peranan lain termasuklah pemantauan tingkah laku serta kemasukkan data dan blogging
Program Online:
- Mereka bentuk poster untuk mempromosikan barangan merchandise di pusat kami.
- Menyelidik dan menghasilkan kurikulum/aktiviti dan program pendidikan alam sekitar secara online
- Melukis atau menghasilkan kraftangan yang berkaitan dengan Beruang Madu untuk menghiasi bangunan baru pusat kami.
| Kriteria Sukarelawan:
- Bebas Hepatitis A, B, C dan Tuberculosis (TB). Kami juga menyarankan sukarelawan untuk mendapatkan kesemua vaksin yang bersesuaian. Sabah merupakan endemik kepada Malaria, sila ambil langkah berjaga-jaga.
- Sukarelawan yang berumur kurang daripada 18 tahun hendaklah datang dengan membawa borang kebenaran daripada ibubapa.
- Boleh bekerja dalam situasi yang sukar dan sihat secara fizikal.
| Anggaran Perbelanjaan:
Peginapan at Paganakan Dij Tropical Retreat, Sepilok:
- RM 12/malam (bilik berkongsi dua)
- RM 14/malam (bilik Single)
Pengangkutan:
- RM 6 / Seorang pergi balik dari tempat penginapan ke Sepilok
Makanan:
- Makanan tidak disediakan
- Sukarelawan boleh membeli makanan tengah hari di cafeteria
- Akan ada hari pembelian barang dapur.
Perbelanjaan Tambahan:
Nota Tambahan:
- BSBCC akan menawarkan biasiswa yang akan merangkumi penginapan dan pengangkutan ke kawasan kerja. Sukarelawan perlu memohonnya ketika dalam proses permohonan
- Sukarelawan terpilih akan diberi satu bilik kosong di rumah pekerja, sekiranya tiada kekosongan, mereka akan menginap di Paganakan Dji Tropical Retreat
|
Jadual Sukarelawan:
- Komitmen minimum (14 hari)
- Waktu bekerja bermula pada jam 8 pg , Rehat tengah hari 12tgh hari – 1.30 ptg , kerja tamat pada jam 5 ptg.
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- WIFI
- Mesin basuh auto
- Dapur (Kami akan menentukan hari pembelian barangan dapur supaya sukarelawan boleh memasak sendiri)
- Peralatan memasak
- Peti sejuk
- Tilam
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Baju, misalnya pakaian yang sesuai untuk kerja-kerja di dalam hutan, warna baju yang lebih gelap, seluar panjang, stoking, dll. (Nota: Perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat)
- Ubat penghalau serangga
- Botol air
- Kelengkapan peribadi
- Ubat-ubatan (misalnya, Paracetamol, pil diarrhoea, dll.)
- Buku nota dan pen
- Sandal & kasut
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
EcoKnights merupakan oganisasi alam sekitar bukan berasaskan keuntungan yang menerajui kehidupan kelestarian dan menyokong komuniti pembikin filem, dan ahli alam sekitar yang mewakili diversiti, inovasi dan visi yang unik. EcoKnights berkhidmat kepada komuniti melalui intervensi berpandukan pembangunan daripada program pendidikan dan kesedaran kepada membuat kajian; dan program penglibatan awam serta perkhidmatan konsultasi.
| Lokasi Aktiviti:
- Sekitar kawasan Klang Valley
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Penanaman Pokok: Sukarelawan akan membantu dalam menanam pokok dan membuat mudballs dalam acara separuh hari.
- Pembersihan Sungai: Sukarelawan akan membantu dalam mengumpulkan sisa, membahagikan dan menimbang sisa yang telah dikumpul.
- Penglibatan Orang Awam: Sukarelawan akan membantu dalam aktiviti yang telah dirancang pada hari tertentu, bergantung kepada keperluan acara.
- Pembuatan Sabun: Sukarelawan akan membantu dengan melibatkan komuniti dalam membuat sabun berasaskan minyak masak yang telah digunakan.
- Analisis Data: Sukarelawan akan membantu dalam melakukan analisis data berdasarkan kerja yang telah dilakukan.
Program Online:
- Pelbagai karya digital. Pengetahuan reka bentuk grafik dan ilustrasi adalah sebuah kelebihan tambahan.
|
Kriteria Sukarelawan:
- Boleh bekerja di luar
- Boleh bekerja di bawah tekanan
- Boleh bekerja di dalam kumpulan
- Rela untuk belajar
- Berdisiplin
- Berumur 18 tahun dan ke atas
|
Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Penginapan tidak disediakan
Pengangkutan:
- Pengangkutan tidak disediakan
Makanan:
- Makanan tidak disediakan, sukarelawan haruslah membeli/membawa makanan sendiri
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- 8 jam sehari, 5 hari seminggu
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Tempat letak kereta
- Dapur
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
ERE Consulting Group merupakan syarikat konsultansi yang mecadangkan jalan penyelesaian untuk isu-isu alam sekitar kepada kerajaan, industri dan organisasi serantau Asia. Kami juga menkaji keperluan masyarakat terhadap makanan, tempat perlindungan, tenaga dan pengangkutan. Matlamat kami adalah untuk memastikan perlindungan alam semula jadi dan kesejahteraan manusia.
|
Lokasi Aktiviti:
- ERE Consulting Group, Subang Jaya, Selangor
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
Perunding kanan akan membimbing pelatih dalam melakukan:
- Lawatan ke tapak projek
- Kerja lapangan
Program Online:
| Kriteria Sukarelawan:
- Boleh menggunakan MS Office (Microsoft Word, Excel & Power Point).
- Fizikal yang sihat untuk melakukan kerja
- Boleh bekerja dengan berdikari.
- Boleh bekerja dalam kumpulan.
- Bersemangat untuk melakukan kerja-kerja berkaitan alam persekitaran
- Graduan baharu, Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Tahun 3 atau Akhir)
Note Tambahan:
- Ketika menjalani latihan industri, sukarelawan harus mengikuti semua peraturan syarikat yang telah ditetapkan. Kesemua perihal berkenaan disiplin di tempat kerja, peratuan, dasar polisi syarikat akan diterangkan pada hari pertama memasuki kerja.
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Hanya disediakan kepada sukarelawan yang perlu pergi ke tapak projek yang memerlukan anda bermalam di sana.
Pengangkutan:
- Pengangkutan disediakan kepada sukarelawan yang perlu melawat kawasan/ kerja lapangan.
- Peralatan perlindungan diri di tapak kawasan juga akan disediakan.
Makanan:
- Hanya Kopi / Milo / Teh dan biskut boleh didapati setiap masa.
- Sukarelawan digalakkan membawa/membeli makanan sendiri
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- Waktu Latihan Industri adalah seperti berikut (Isnin - Jumaat 8:30 - 5.30 ptg)
Note Tambahan:
- Syarikat mungkin akan memerlukan sukarelawan untuk bekerja melebihi waktu bekerja dan hari-hari yang biasa.
|
Kemudahan Yang Disediakan:
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Buku nota / Komputer Riba
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Kami menghasilkan projek komuniti sederhana dan acara yang bertumpu kepada alam sekitar yang bernilai. Daripada tapak semaian perdana kami yang menakjubkan, di Bangsar, kepada mengendalikan bengkel korporat dan wawancara, kepada membina trak dan tapak semaian mudah alih bagi kesedaran alam sekitar yang pertama di dunia, kepada memilih dan menyusun program pendidikan untuk sukarelawan, dan bermacam-macam lagi, matlamat kami adalah untuk melibatkan dan mendidik orang awam dalam kelestarian, menegakkan kepentingan memulihara alam sekitar kita, menanam lebih banyak pokok dan menyelamatkan planet ini. Terdapat banyak keseronokan dalam bermain dan melakukan amali!
|
Lokasi Aktiviti:
- Bangsar Nursery
- Taman Tugu Nursery
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Ceramah Pengawasan Alam Sekitar (20 minit)
- Bengkel Penanaman (20 minit)
- Kerja berkebun secara amali – kerja berkebun yang sederhana, pengumpulan benih, menanam, pengurusan jagaan tapak semaian.
- Lain-lain: Jalan-jalan di hutan, pemprosesan kompos and pengurusan stok barang merchandise
Program Online:
- Menyelidik dan menghasilkan kandungan berkaitan tumbuh-tumbuhan.
- Sukarela yang tiada pengalaman digalakkan untuk menolong. Namun, calon mestilah mempunyai kefasihan bahasa Inggeris yang tinggi dari segi pemahaman dan penulisan.
| Kriteria Sukarelawan:
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
Makanan:
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
Bangsar Nursery:
- Selasa ( 9 - 11 pg )
- Sabtu ( 3:45 - 6 ptg )
Taman Tugu Nursery:
- Rabu (7:45 pg - 12:30 tgh hari )
- Jumaat (7:45 pg - 12:30 tgh hari )
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Tempat letak kereta percuma di kedua-dua lokasi
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan kerja tanaman di luar
- Ubat penghalau nyamuk
- Losyen pelindung matahari
- Topi
- Pakaian tambahan
- Payung / Baju Hujan mungkin diperlukan
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Kami menyediakan khidmat bagi pihak kerajaan Sawarak dalam menguruskan Tapak Warisan Dunia bagi Malaysia , ini termasuklah kesemua perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan perlancongan, penginapan, F&B dan sebagainya.
|
Lokasi Aktiviti:
- Taman Negara Mulu National Park dan komuniti sekeliling – (Batu Bungan , Long Iman , Perkampungan Mulu )
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Membantu dalam projek komuniti
- Membantu dalam Kempen Kesedaran & Alam Sekitar kepada komuniti
- Menemani pemandu pelancong Bersama-sama pelancong
- Menemani pekerja dalam memantau/meronda di dalam taman
- Membantu dalam mengalu-alukan kedatangan pelancong
- Belajar untuk memasak makanan tempatan dan mengumpulkan hasil buatan tempatan
| Kriteria Sukarelawan:
- Sihat
- Boleh bangun pada awal pagi
- Berdisiplin
- Ramah
- Suka Mengembara
- Semangat
- Mampu untuk menguruskan kesihatan sendiri
- Berminat dalam Geo-sains dan Bio-Sains
- Mengutamakan peserta berumur antara 20-25
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Penginapan disediakan di pusat kajian, bilik katil bertingkat
Pengangkutan:
- Pengangkutan di Mulu akan disediakan, termasuk ketibaan di lapangan terbang Mulu serta program kesukarelawanan di sekolah / perkampungan berdekatan.
Makanan:
- Sarapan pagi dan makanan tengah hari akan disediakan.
- Sukarelawan perlu membawa makanan/membeli makanan sendiri untuk makan malam
Perbelanjaan Tambahan:
- Sukarelawan perlu membeli tiket kapal terbang ke Mulu, perbelanjaan ini tidak akan ditanggung
- Makanan di Mulu akan diberikan harga potongan
|
Jadual Sukarelawan:
- Sepanjang program berlangsung, sesi sepanjang hari dan beberapa aktiviti mungkin mengambil masa 3-4 jam
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Perkhidmatan dobi dengan kadar bayaran yang rendah.
- Kemudahan memasak di Pusat Kajian disediakan.
- Wifi disediakan di Kawasan pejabat / kawasan kafe dengan kadar bayaran yang rendah
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Kasut Tertutup yang tidak licin
- Baju hujan
- Lampu suluh
- Botol minuman
- Ubat serangga
- Peti kecemasan persendirian
- Topi/sweatband
- Sukarelawan disarankan untuk membawa sejumlah wang yang mencukupi kerana tiada mesin ATM di Mulu
- Hanya Maxis, Celcom dan Tune Talk yang boleh mendapatkan sambungan telefon
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Institusi Penyelidikan Khazanah (KRI) menjalankan penyelidikan dalam isu-isu yang penting berkaitan rakyat. Kami mencadangkan polisi untuk meningkatkan kebajikan rakyat Malaysia berdasarkan kajian tersebut.
Kami melakukan perkara ini melalui:
- Analisis ketat yang tidak berat sebelah berdasarkan data yang dijumpai;
- Mengadakan perbincangan dengan orang yang berkaitan, untuk memberikan penerangan yang lebih jelas terhadap isu-isu tertentu;
- Menganjurkan pengetahuan dan maklumat yang telah kami perolehi.
|
Lokasi Aktiviti:
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Peserta akan mendapat pengalaman mengenai bagaimana polisi penyelidikan dilaksanakan.
- Calon akan mendapat peluang untuk bekerja secara rapat bersama pekerja sepenuh masa yang mempunyai pengalaman dalam melakukan penyelidikan terhadap subjek yang berkaitan dengan makanan dan agrikultur (peladang dan ladang)
- Projek berkemungkinan akan melibatkan lawatan ke kawasan ladang, temubual bersama orang lain, dan melawati organisasi untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kekurangan mereka.
Menjadi pelatih di KRI akan memberikan calon pengalaman mengenai kerja penyelidikan yang perlu dibuat dan integriti yang terlibat sebelum seseorang boleh memberikan cadangan polisi.
Program Online:
| Kriteria Sukarelawan:
- Boleh menggunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.
- Boleh bekerja secara berdikari dan pada masa yang sama, mampu untuk bekerja dalam kumpulan, jika perlu.
- Mestilah bersemangat dalam memahami nasib golongan luar bandar, perihal berkaitan makanan, alam sekitar dan agrikultur secara umum.
- Merupakan pelajar universiti tahun akhir atau graduan. Kami mungkin akan mempertimbangkan pelajar universiti tahun dua tetapi ini akan berdasarkan keperluan tertentu.
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
Makanan:
Perbelanjaan Tambahan:
Note Tambahan:
- Pelatih akan menerima RM1,000 sebulan.
|
Jadual Sukarelawan:
- Dari jam 8.30 pg – 5.30 ptg , Isnin - Jumaat
|
Kemudahan Yang Disediakan:
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
MPS ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan pemangkin ahli primatologi untuk memperkasakan penyelidikan terhadap pemuliharaan dan pendidikan terhadap primata di Malaysia, pada masa yang sama melakukan program jangkauan masyarakat di seluruh Malaysia. MPS juga aktif bekerjasama dengan International Primatological Society (IPS).
|
Lokasi Aktiviti:
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Membantu program jangkauan (biasanya tetapi tidak selalu) di sekolah. Bagi program ini, sukarelawan akan membantu dalam proses permulaan projek Eco-Bricks di Langkawi
Program Online:
- Mereka bentuk grafik dan ilustrasi untuk komunikasi visual yang berkesan melalui saluran-saluran media yang berkenaan.
| Kriteria Sukarelawan:
- Sopan
- Berkeyakinan
- Personaliti yang menarik
- Rajin
- Bertanggungjawab
- Boleh digantung harap
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Rumah teres satu tingkat di Langkawi dilengkapi bilik air/ bilik mandi dan bilik tidur bersama katil.
- Sukarelawan dijangka akan menginap di pejabat Outreach MPS (bilik akan disediakan secara percuma) namun, sekiranya sukarelawan ingin menyewa di tempat lain, kos sewaanserta kos-kos lain mesti ditanggung oleh sukarelawan sendiri.
Pengangkutan:
- Tambang perjalanan ke Langkawi tidak akan ditanggung.
- Tambang perjalanan atas urusan kerja akan ditanggung.
Makanan:
- Makanan tidak akan disediakan (anggaran perbelanjaan antara RM 15-25 sehari)
- Sukarelawan boleh membawa makanan sendiri atau memasak memandangkan terdapat dapur di rumah tersebut.
- Sebuah kedai makan juga terletak berhampiran.
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- 5 jam pada waktu malam Isnin – Jumaat
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Peti sejuk
- Dapur
- Bilik tidur
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Keperluan peribadi bagi ubat-ubatan
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Malayan Rainforest Station (MRS) merupakan NGO berasaskan penyelidikan yang bekerja dalam pemuliharaan dan pemerkasaan komuniti di Merapoh, Pahang. Tumpuan utama MRS adalah untuk mempromosikan pemuliharaan dan usaha untuk mengkaji melalui data berasaskan bukti serta penglibatan aktif dalam komuniti tempatan sebagai pendekatan holistik dan lestari. MRS juga bertindak sebagai pusat membuat kajian dimana kami bekerjasama dengan pelbagai institusi penyelidikan tempatan dan juga antarabangsa yang merentasi bidang kehidupan liar dan tumbuhan sambil memindahkan pengetahuan kepada komuniti Melayu tempatan dan orang asli Bateq di Kawasan Merapoh.
|
Lokasi Aktiviti:
- Gua Layang, Merapoh, Pahang
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Trek Pemuliharaan:
Membantu unit Pemuliharaan & Penyelidikan MRS dalam usaha meronda dan memantau di dalam jangkauan Kompleks Perhutanan Merapoh dengan mengumpulkan data asal mengenai kehadiran kehidupan liar dan tanda-tanda pencerobohan.
- Kaji Selidik Kehidupan Haiwan yang Berjaga Malam:
Anda akan pergi ke kawasan pemuliharaan kami pada waktu malam dan berpeluang untuk memerhati dan merakam kehadiran kehidupan liar termasuklah tapir, kongkang, kucing batu, kubung dan banyak lagi species haiwan menarik, yang hanya keluar pada waktu malam.
- Membantu dalam Projek Penyelidikan:
Anda akan membantu kumpulan penyelidik kami dalam mengumpulkan data untuk tujuan penyelidikan saintifik, seperti Clouded Leopard Project, Hornbills Study, Herpetofauna Survey dan projek-projek dengan kerjasama universiti-universiti, yang akan datang.
- Penglibatan Komuniti:
Kelas mingguan Sains dan Bahasa Inggeris, Program Kesedaran Bulanan, Program Membina Kapasiti, Plogging dan Pembersihan, Program EcoClub Kids merupakan antara beberapa program penglibatan yang kami lakukan bersama komuniti Melayu dan komuniti orang asli Bateq tempatan yang tinggal di Merapoh. Jadilah sebahagian daripada mereka semasa tempoh menjadi sukarelawan dengan membantu unit komuniti kami dalam merancang dan melaksanakan program-program ini.
Program Online:
- Membantu Unit Penyelidikan dan Pemuliharaan untuk menjalankan kempen pengumpulan dana online
- Membantu mereka bentuk poster dan menulis kandungan media sosial untuk meningkatkan kesedaran.
- Kontrak pekerjaan juga disediakan dengan skop kerja yang merangkumi mengatur pertandingan online, menguruskan kursus online, dan menghasilkan sesi LIVE / podcast
| Kriteria Sukarelawan:
- Mempunyai minat yang tinggi & bersemangat dalam pemuliharaan.
- Mempunyai pengetahuan mengenai ekologi & biodiversiti Malaysia.
- Sihat dan cergas
- Rela untuk bekerja dalam keadaan yang sukar untuk jangka masa yang lama
- Gemar aktiviti-aktiviti luar dan pengembaraan
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Rumah lapangan di tempat kerja akan disediakan; Hanya sukarelawan lelaki diperlukan untuk kerja ‘on-site’oleh kerana tempat penginapan yang tersedia adalah terhad.
- Sukarelawan perlulah memastikan rumah tersebut dalam keadaan bersih dan kemas
Pengangkutan:
- Sukarelawan perlulah menyusun atur perjalanan mereka ke lokasi di Merapoh
- Kenderaan projek kami (4WD) akan digunakan sebagai kenderaan sepanjang tempoh sukarelawan berada di tempat projek kami.
Makanan:
- Program sukarelawan ini termasuk makanan sepanjang hari:
- Sarapan pagi,-makan tengah hari, makan malam
- Sukarelawan perlu memberi tahu kami sekiranya mereka mempunyai mana-mana batasan pemakanan.
- Namun, sukarelawan berpeluang untuk pergi ke pasar malam di Merapoh (Isnin) dan Gua Musang (Khamis).
Perbelanjaan Tambahan:
- Yuran sukarelawan: RM500/seorang/seminggu
- Yuran termasuk penginapan & makanan di tempat kerja pengangkutan lapangan selama seminggu, permit masuk ke kawasan Hutan Rezab , yuran pembimbing & kos operasi.
|
Jadual Sukarelawan:
- 8 jam sehari (sebaik-baiknya 7 hari untuk menjadi sukarelawan)
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Mesin basuh
- Makanan dan snek yang boleh dikongsi bersama
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
Alatan:
- Beg tidur
- Hammock *pilihan*
- Lampu suluh
- Beg sandang harian
- Tuala kecil atau nipis
- Botol air dengan tahap minimum 1.5 liter
- Boots/ kasut mendaki
- Kunci beg/ Tupperware/Drybag
Pakaian
- Seluar panjang
- Seluar nipis
- Kemeja-T
- Stoking
- Selipar/sandal
Kelengkapan Peribadi:
- Berus gigi/Ubat gigi
- Ubat penghalau serangga dengan DEET
- Sabun badan/syampu
- Losyen pelindung matahari
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Perbadanan Taman Negeri Perak atau Perak State Park Corporation (PSPC) merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi warisan semula jadi kami. Terdapat lima taman negeri dibawah PSPC iaitu Taman Negara Royal Belum, Taman Negara Pulau Sembilan, Taman Alam Kinta, Geopark Lembah Kinta dan Tapak Arkeologi Warisan Dunia Lembah Lenggong.
|
Lokasi Aktiviti:
- Taman Negara Royal Belum
- Bandar Gerik
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
Program Penglibatan:
- Sukarelawan haruslah menguruskan program penglibatan untuk mempromosikan dan memberi pemahaman mengenai Taman Negara Royal Belum kepada komuniti tempatan seperti sekolah-sekolah.
- Sukarelawan perlu menguruskan program penglibatan bersama komuniti orang asli seperti kaum wanita orang asli untuk menentukan dan membina potensi mereka serta keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang luar.
Program Pendidikan
- Sukarelawan perlulah menguruskan program pendidikan seperti pengurusan sisa, mengajar membaca, matematik, bahasa atau mana-mana matapelajaran dan kemahiran yang sesuai kepada komuniti orang asli tempatan (Projek Rumah Baca).
Program Online:
- Pengumpulan data secara online untuk proses permohonan UNESCO bagi Perbadanan Taman Negeri Perak.
| Kriteria Sukarelawan:
- Sihat & cergas
- Berminat untuk menguruskan program
- Berdikari
- Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi dengan orang asli.
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Untuk Perempuan
- Bilik Sewa di belakang "The Store" = RM440 termasuk deposit RM270
- Rumah Sewa "Taman Desa Anggerik, Gerik" = RM600, tiada deposit
- Bilik sewa "Jalan Suda Utama, Gerik" = RM600 termasuk deposit RM300
- Bilik sewa di atas "Coolblog Gerik/Thirty Shop" = RM190 – RM210 termasuk deposit RM50
Untuk Lelaki
- Bilik Sewa di atas "Tabung Haji" = RM360 termasuk deposit RM340
- Bilik sewa di atas "Kedai Cermin Mata" = RM160, tiada deposit
Pengangkutan:
- Tidak disediakan , pengangkutan sukarelawan adalah sendiri.
Makanan:
- Makanan tidak disediakan, sukarelawan haruslah membawa atau memasak makanan sendiri.
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Tiada kemudahan disediakan.
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Alatan berkhemah dantrekking
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Rimau merupakan NGO ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang berdedikasi untuk menyelamatkan harimau Malaya dan habitatnya.
|
Lokasi Aktiviti:
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Mengendalikan Acara (Untuk membantu mengendalikan acara anjuran Rimau)
- Jangkauan Komuniti (Untuk terlibat bersama orang awam untuk tujuan pendidikan dan menaikkan kesedaran)
Program Online:
- Menguruskan Media Sosial Rimau (Untuk memuat naik kandungan dan memberi maklumbalas kepada balasan dan pertanyaan)
- Penajaan Dana (Untuk menganjurkan dan menyertai dalam aktiviti penajaan dana untuk Rimau)
- Menghasilkan Kandungan (Untuk membantu menghasilkan kandungan yang akan membantu untuk mempromosikan sebab-sebab untuk menyelamatkan harimau Malaya)
- Merekacipta merchandise yang berkaitan dengan harimau
| Kriteria Sukarelawan:
- Semangat untuk belajar dan membantu
- Mencintai kehidupan liar dan harimau Malaya
- Komited kepada sesuatu
- Positif dan seorang yang fleksibel dalam berkumpulan
- Berumur di antara 18-25
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
- Pengangkutan tidak disediakan, namun, pengangkutan dari tempat kerja ke mana-mana acara yang dianjurkan oleh Rimau akan disediakan.
Makanan:
- Tidak disediakan, kecuali semasa acara tertentu.
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- Fleksibel tetapi jadual selalunya bergantung kepada acara-acara tertentu.
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Parking diluar ada disediakan
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
KDCF Society ditubuhkan untuk menjadi organisasi komuniti tumpuan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dalam menguruskan kawasan Hutan Simpan Kota Damansara yang baru diwartakan (2010). Komuniti ini memainkan peranan utama dalam menganjurkan perlindungan hutan dengan membangunkan laluan hutan atau forest trails. Laluan hutan yang lestari ini penting dalam mendapatkan sokongan orang awam untuk hutan tersebut. Sejak melindungi hutan, persatuan ini telah berterusan aktif dalam pendidikan alam sekitar, rekreasi, kesukarelawanan, khidmat komuniti, dan Roots & Shoots Malaysia Award (RASMA).
|
Lokasi Aktiviti:
- Kota Damansara Community Forest Reserve, Petaling Jaya
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Penjagaan laluan hutan dan pembersihan hutan/tasik.
- Pendidikan alam sekitar dan interpretasi
- Kesedaran awam dan jangkauan melalui media sosial dan medium komunikasi yang lain.
- Membantu dalam menyeleggarakan infrastruktur pengunjung, seperti tempat rehat laluan hutan dan kawasan berkelah, meletakkan papan tanda arah tambahan.
- Membantu ahli/sukarelawan senior dalam aktiviti perlaksanaan Tanggugjawab Sosial Korporat (CSR)
- Membantu dalam Citizen Science, iaitu sains yang merangkumi kerjasama dan sumbangan dari orang awam, serta mengumpul data aktiviti.
| Kriteria Sukarelawan:
- Fasih sekurang-kurangnya satu antara bahasa-bahasa ini: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Mandarin.
- Boleh melakukan kajian asas menggunakan pencarian atas talian dan penerbitan cetak.
- Berminat dalam dan bersemangat dalam pemuliharaan alam sekitar, alam semula jadi dan pendidikan.
- Berminat dalam membina kemahiran pengucapan awam dan kepimpinan.
- Rela untuk mengendalikan atau melibatkan diri dalam aktiviti luar.
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
Makanan:
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- Sekali seminggu pada hujung minggu, 2-5 jam bergantung kepada aktiviti
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Tempat letak kereta di jalan raya awam, percuma
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Losyen pelindung matahari
- Air minuman
- Ubat penghalau nyamuk
- Ubat-ubatan yang penting, misalnya, untuk alahan atau asma.
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
GreenSmiths membayangkan masa hadapan dimana golongan muda data membina sebuah planet yang mampan untuk semua kehidupan di bumi. Misi utama kami adalah untuk melancarkan projek ekspedisi, menyediakan kepakaran dan menyediakan golongan yang mahir serta memperkasakan belia untuk berkolaborasi, menghadapi situasi sebenar berkenaan kehidupan alam sekitar dan juga berterusan memikirkan cara untuk melibatkan diri dalam dunia alam semula jadi.
|
Lokasi Aktiviti:
- Earth Lodge, Ulu Muda Forest Reserve, Kedah. Ulu Muda adalah Kawasan terpencil, hutan hujan yang subur kerana ia merupakan tapak penting kepada fauna besar di Malaysia seperti Gajah Asia, Tapir Malaysia, Rusa Sambar, Kijang, dan kehidupan liar lain. Burung terutamanya yang tinggal disini dengan melebihi tiga ratus spesis telah direkodkan.
- Ulu Muda Field Research Centre juga terletak di Earth Lodge. Ini menempatkan kumpulan pengkaji dari Oxford University, WWF Malaysia dan the Malaysian Nature Society.
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- GreenSmiths menyediakan anak-anak muda dengan pengalaman pembelajaran yang sahih di hutan hujan Malaysia dan peluang untuk menggunakan idea-idea inovatif untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang sebenar. Matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mewujudkan pendekatan baru dalam membangunkan gaya hidup yang mampan. Orang muda adalah rakan kongsi dalam mencapai misi ekspedisi, sama ada mengamati hidupan liar untuk penyelidikan atau cabaran kejuruteraan.
- Pembelajaran dan membangunkan kesedaran diri juga merupakan sebahagian daripada matlamat utama pengalaman ini. Banyak masa di hutan akan dibelanjakan untuk kerja-kerja projek yang ditetapkan untuk ekspedisi di Earthlodge, tetapi juga akan ada masa untuk aktiviti-aktiviti seperti pelayaran sungai, melawat jenut dan mata air panas, river tubing, trekking ke gua dan aktivit perkhemahan.
Program Online:
- Membantu mengadakan ‘Virtual Rainforest Tour’ dimana kita membawa pelawat dalam ekspedisi hutan hujan secara online.
- Membantu merancang and menyelesaikan sebarang cabaran dalam memindahkan program sekolah kami online.
- Menubuhkan buletin-buletin online
- Menjalankan kempen pengumpulan dana secara online yang merangkumi menyusun sumber-sumber media di dalam arkib kami dan menggunakannya secara strategik untuk tujuan pemasaran.
| Kriteria Sukarelawan:
- Berumur 16 - 25 tahun, bersama pemikiran yang terbuka dan keinginan untuk belajar!
- Boleh bekerja di bawah seliaan dan berdikari.
- Pengalaman bekerja bersama belia akan menjadi kelebihan
- Terutama mencari pemula sendiri untuk melakukan beberapa acara penggalangan dana tahun ini di Pulau Pinang!
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Sukarelawan yang berasal daripada Pulau Pinang adalah digalakkan. Sekiranya perlu, sukarelawan akan menginap di bilik pekerja bersama mereka. Sekiranya ke Ulu Muda, penginapan akan bertempat di Earth Lodge Malaysia (lihat di laman web)
Pengangkutan:
- Sekiranya di dalam Kawasan pulau di kami akan mengsubsidikan grabs/membuat car-pooling. Sekiranya peserta mempunyai kenderaan sendiri, ia lebih baik.
Makanan:
- Pada hari acara, kami akan menanggung perbelanjaan tambang pengangkutan dan F&B
Perbelanjaan Tambahan:
- 4hari, 3 malam: Anggaran RM1600++
- 5hari, 4 malam: Anggaran RM1900++
- Ini termasuk penginapan, insuran, Pekerja & Fasilitator GreenSmiths (termasuk pembimbing di Hutan dan Pegawai Keselamatan Terlatih), alatan, barangan projek dan merchandise.
|
Jadual Sukarelawan:
- 1-2 kali seminggu, tempoh 4-5 jam sama ada pada sesi persekolahan atau merancang acara bersama ahli kumpulan.
- 1 x 3 sehingga 5 hari ekspedisi ke hutan hujan
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Sekiranya terdapat kekosongan di rumah pekerja, kemudahan yang disediakan termasuklah parking.
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Komputer Riba adalah bermanfaat bagi perancangan pembelajaran, perkongsian sumber dan menggunakan alatan program pengurusan atas talian
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Roots and Shoots Malaysia merupakan organisasi belia yang diasaskan oleh Jane Goodall . Matlamat utama kami adalah untuk meletakkan harapan dan mendorong golongan belia di Malaysia untuk menjangkaui melebihi tahap kesedaran dan membawa perubahan positif kepada persekitaran dan komuniti mereka. Anugerah berasaskan kepada perkhidmatan ini menggalakkan belia untuk menyumbangkan masa mereka terhadap perkhidmatan yang lebih besar daripada perkhidmatan kepada diri sendiri.
|
Lokasi Aktiviti:
- Merchant Square, Kuala Lumpur
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Sukarelawan akan membantu dalam kerja-kerja pentadbiran
- Sukarelawan terpilih akan dilatih dalam program eko-wartawan kami untuk membuat video 1-2minit mengenai rakan kongsi NGO kami yang terpilih.
Program Online:
- Penyelidikan
- Pengurusan Media Sosial
- Reka bentuk barangan merchandise
- Bekerjasama dengan Roots & Shoots Taiwan dalam Kempen Global Online
| Kriteria Sukarelawan:
- Semua peringkat umur diterima
- Semangat untuk belajar
- Boleh bekerja di dalam kumpulan
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
Makanan:
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- Bermula pada jam 10 pg sehingga 4 ptg
|
Kemudahan Yang Disediakan:
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
The Habitat Foundation adalah sebuah badan kebajikan yang berhubung rapat dengan The Habitat Penang Hill. Program yang dianjurkan meliputi pendidikan, pemuliharaan, penyelidikan, latihan dan initiatif kelestarian.
|
Lokasi Aktiviti:
- The Habitat Penang Hill
- Pejabat The Habitat Foundation
- Sekolah di Georgetown yang terlibat dalam inisiatif biodiversiti di kawasan pembandaran di Penang
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Komunikasi dan interpretasi untuk menghargai alam semula jadi dan memupuk kesedaran.
- Membantu dalam aktiviti pendidikan dan aktiviti jangkauan yang selari dengan inisiatif biodiversiti kawasan pembandaran dan kelestarian kami di Penang Hill dan Georgetown yang ditujukan kepada sekolah-sekolah serta orang awam.
- Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran bagi projek-projek yang menerima sokongan THF.
- Kerja lapangan di kawasan projek yang disokong oleh THF sekiranya tempoh kesukarelawanan bertepatan dengan jadual aktiviti THF.
Program Online:
- Reka bentuk grafik untuk siaran media sosial dan pesanan pendidikan alam sekitar.
- Penyuntingan video untuk klip pendek siri biodiversiti dan kelestarian bandar.
- Menulis mengenai perkembangan projek-projeck yang dibiayai oleh THF untuk laman web, buletin dan saluran lain.
- Merancang kandungan pendidikan alam sekitar untuk pembelajaran jarak jauh sekolah.
| Kriteria Sukarelawan:
- Fasih dalam Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu
- Boleh melakukan kajian asas menggunakan pencarian atas talian dan penerbitan cetak.
- Minat dan semangat untuk pemuliharaan alam sekitar, semula jadi dan pendidikan.
- Tahu dan sudah biasa mengenai platform media sosial dan membina kandungan komunikasi.
- Rela untuk menguruskan atau menyertai aktiviti-aktiviti luar.
- Fotografi/Penerbitan Dekstop/Suntingan Video akan menjadi tambah nilai.
- Berumur di antara 20-25 tahun
- Sukarelawan diharapkan memiliki computer riba, perisian dan langganan internet mereka sendiri.
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
- Pas perkhidmatan bagi laluan kereta api untuk ke Penang Hill disediakan.
Makanan:
- Tidak disediakan tetapi, elaun RM25/sehari akan disediakan bagi pekerjaan sepanjang hari.
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- Minimum 4 jam sehari bagi 5 hari bekerja berturut-turut, sehingga 3 minggu.
|
Kemudahan Yang Disediakan:
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
TREKS adalah sebuah pertubuhan konsultasi yang membuat aktiviti alam semulajadi dan membina pasukan di Genting Highlands. Kami juga merupakan sebuah perusahaan sosial yang terlibat dalam pemeliharaan biodiversiti di Genting Highlands dan juga memupuk kesedaran melalui program pendidikan TREKS Nature Academia.
|
Lokasi Aktiviti:
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Pohon-pohon Periuk Kera Genting Highlands (durasi: 2 hari 1 malam hari minggu) - Untuk menyusun semula pokok periuk kera yang telah diselamatkan ke kawasan pemuliharaan
ex-situ
- Siamang Genting Highlands (durasi: 2 hari 1 malam hari minggu) - Untuk menyusun gambar dan video siamang serta menghasilkan podcast dan dokumentari
- The Fashion Forest, Awana Bio Park (durasi: 2 hari 1 malam hari minggu) - Untuk mengenalpasti dan mencipta tanda ID untuk pokok dan tumbuhan di Fashion Forest
- The Smart Forest, Smart Park, Smart Garden (durasi: 2 hari 1 malam hari minggu) - Untuk mereka dan mencipta tanda Interactive Smart Info menggunakan QR code , NFC, dan video informasi Augmented Reality.
Program Online:
- Menyelidik artikel untuk kandungan berkaitan 3 spesies Periuk Kera, 5 spesies kera and burung-burung di Genting Highlands.
- Mereka bentuk e-poster berkaitan pemuliharaan periuk kera, kera and burung untuk disebarkan melalui laman media sosial.
- Membantu menangkap video mengenai periuk kera, kera and burung-burung di Genting Highlands berdasarkan konsep ‘SmartForest’ oleh TREKS.
- Membantu menyelaraskan sesi perbincangan online melalui Zoom mengenai periuk kera, kera and burung-burung di Genting Highlands
| Kriteria Sukarelawan:
- Boleh melakukan kerja kajian
- Haruslah sihat fizikal
- Pengetahuan mengenai Photoshop, boleh menghasilkan video dokumentari, kod QR dan tag NFC akan menjadi kelebihan
- Bersemangat dan komited
- Mempunyai pengangkutan sendiri akan menjadi kelebihan
- Mengutamakan sukarelawan yang sedang melakukan pengajian yang berkaitan atau sangat bersemangat tentang program sukarelawan kami
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
Pengangkutan:
- Pengangkutan pada tempoh kesukarelawanan akan disediakan. Sekiranya sukarelawan mempunyai pengangkutan sendiri, TREKS akan membayar duit petrol dan tol.
Makanan:
- Makanan akan disediakan sepanjang tempoh tersebut.
Perbelanjaan Tambahan:
- Mengurus atau membayar tambang pergi balik dengan sendiri.
- Membayar penginapan di hotel murah untuk 1 malam
|
Jadual Sukarelawan:
|
Kemudahan Yang Disediakan:
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Pakaian: Pakaian (termasuklah sukan atau kasut trekking)
- Komputer riba sekiranya ada
- Kamera sekiranya ada
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan fokus kepada penubuhan ex-situ Tropical Rainforest Living Collections (TRLCs) dan penjagaan tanaman di seluruh Malaysia untuk menyokong pemuliharaan spesis tanaman yang tergugat dan terancam. Kebanyakan biji benih tropika tidak senang untuk tumbuh dan juga sujar untuk disimpan di dalam tempat penyimpanan benih. TRCRC bertujuan untuk meningkatkan status pemuliharaan pokok RTE Malaysia dan mencegah kehilangan spesis tanaman tropika. TRCRC percaya proses kolaborasi bokeh membawa perkembangan pesat. Oleh itu, TRLCs direka untuk melengkapkan usaha agensi-agensi kerajaan dan NGO yang terlibat dalam penyimpanan dan pemuliharaan pokok dan hutan Malaysia.
|
Lokasi Aktiviti:
- TRLC Merisuli, Lahad Datu, Sabah
- Ibu Pejabat dan Penjagaan TRLC, Pinggiran Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
- Pengumpulan dan Pemprosesan Benih: Sukarelawan boleh membantu kumpulan lapangan TRCRC dan pakar perhutanan yang terlatih untuk kumpul dan proses benih daripada sepsis pokok RTE.
- Operasi Penjagaan: Sukarelawan boleh membantu dalam aktiviti di tempat penjagaan TRCRC. Tugas boleh termasuk pencampuran tanah, mengupas dan memproses benih, mencambah biji benih. Sukarelawan juga boleh membantu dalam memindahkan benih-benih ke polybag besar untuk memantau perkembangan benih yang sihat.
- Pemulihan Hutan & Penanaman Pokok: Sukarelawan akan membantu dalam aktiviti pemulihan hutan, termasuklah penanaman pokok dan membantu untuk mengekalkan biji benih.
Program Online:
Projek Alam Sekitar
- Menjalankan penyelidikan online mengenai 2 kajian biodiversiti yang berbeza.
Projek Mitigasi Gambut & Jerebu di ASEAN
- Menjalankan penyelidikan online berkaitan pihak-pihak berkenaan, model perniagaan yang mampan dan strategi/kajian untuk advokasi dan kesedaran.
- Membantu merangka strategi media sosial semasa negara-negara ASEAN tengah mengalami kawalan pergerakan.
Komunikasi
- Mengembangkan strategi media sosial untuk seluruh Malaysia.
- Mereka bentuk pakej tajaan media sosial korporat.
| Kriteria Sukarelawan:
- Rela untuk bekerja keras dalam kerja lapangan dan memasuki kawasan liar.
- Kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris lebih diutamakan.
- Semangat dalam pemuliharaan dan rela untuk belajar.
- Setiap peringkat umur diterima selagi sukarelawan bersedia untuk menempuhi keadaan kerja lapangan.
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- TRLC Merisuli (Kos : RM 30 sehari)
- TRCRC HQ (sukarelawan bertanggungjawab untuk mengatur penginapan sendiri, kos tidak akan dibayar)
Pengangkutan:
- TRLC Merisuli (Sukarelawan akan menguruskan pengangkutan bersama pengurus tapak untuk ke dan dari Lahad Datu – TRLC Merisuli.)
- TRCRC HQ (Pengangkutan ke pejabat tidak akan disediakan namun, pengankutan akan disediakan untuk semua aktiviti lapangan)
Makanan:
- TRLC Merisuli (Kos : RM30 sehari )
- TRCRC HQ (Tiada kos yang akan dibayar kerana makanan akan disediakan oleh sukarelawan sendiri)
Perbelanjaan Tambahan:
- Bagi kedua-dua TRLCs Merisuli dan TRCRC HQ
- Perkhidmatan Operasi Pekerja (SOS): RM180/hari** (Senior exec. + pekerja)
- *Kos tidak termasuk pengangkutan pergi dan balik ke kawasan.
- **SOS boleh dikongsi bersama beberapa sukarelawan pada tempoh masa yang sama.
|
Jadual Sukarelawan:
- TRLC Merisuli ( 8 jam sehari, 5 hari seminggu, bersama kerja-kerja penjagaan tanaman)
- HQ TRLC ( 8 jam sehari , 5 hari seminggu bersama kerja kaji selidik lapangan yang tertentu)
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- TRLC Merisuli ( Dapur, Mesin Basuh)
- HQ TRLC (Tiada)
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- TRLC Merisuli (Makanan tambahan sekiranya mereka ingin memasak sendiri, pakaian yang bersesuaian dengan kerja lapangan)
- HQ TRLC (Komputer Riba)
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
TCS ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan yang pertama bagi tujuan pemuliharaan penyu air tawar di Malaysia. Matlamat persatuan ini adalah untuk memulihkan populasi penyu liar yang terjejas melalui kerjasama dengan organisasi, individu dan masyarakat setempat yang setujuan.
|
Lokasi Aktiviti:
- Taman Desa Solehah, Terrenganu
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
Di pusat pemuliharaan
- Tanda, mikrochip, timbang, ukur terrapin
- Mencatatkan pemerhatian
- Membersihkan tangki (sekali dalam dua minggu)
- Memberi makan terrapin
Di lapangan
- Membawa tetamu ke lawatan.
- Melaksanakan program "Junior Scientist"
Program Online:
- Kemaskini/ menguruskan laman media sosial
- Menyediakan/menghasilkan kandungan
- Membalas email/pertanyaan
- Membuat draf buletin bulanan
- Membuat draf kenyataan akhbar
- Merekacipta bahan-bahan promosi
- Memenuhi permintaan merchandise
- Membantu melaksanakan usaha pengumpulan dana
- Membantu menghasilkan buku panduan pendidikan bagi pelajar sekolah rendah.
| Kriteria Sukarelawan:
- Proaktif (menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah)
- Ingin tahu
- Menjadi Sumber (unifi di hujung jari anda)
- Kemahiran menyelesaikan masalah (sangat penting)
- Pengguna media social, dan rela untuk menggunakan sosial media sendiri bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti TCS/merchandise (rakan anda dan rakan kami bukanlah orang yang sama)
- Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
- Boleh bertutur dalam Bahasa melayu (kami bekerja Bersama komuniti tempatan)
- Berumur melebihi 18 tahun
- Perempuan sahaja
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Ya, penginapan akan disediakan di pejabat. Pejabat tersebut merupaakn rumah teres dua tingkat, dan kami mempunyai 2 bilik kosong di tingkat atas. Sukarelawan boleh berkongsi bilik bersama pelatih wanita yang lain.
Pengangkutan:
- Carpool ke tapak projek dan sekolah disediakan ( Bagi program kesedaran )
Makanan:
- Makanan tidak disediakan, sukarelawan boleh membawa makanan sendiri atau memasak. Kami akan melakukan pembelian barangan dapur sekali seminggu.
Perbelanjaan Tambahan:
- Program ini bukan program sukarelawan berbayar
- Makanan tidak disediakan, tetapi sukarelawan boleh memasak bersama dengan pelatih lain.
- Sukarelawan perlu berdaftar sebagai ahli TCS seumur hidup (RM105 dibayar sekali)
- RM 10 / hari untuk penginapan di pejabat (untuk menampung sebahagian kos, spt. Elektrik, air, unifi , car pooling )
|
Jadual Sukarelawan:
- Kerja bermula pada jam 8 pg, rehat tengah hari pada jam 12tgh hari – 1.30 ptg, kerja tamat pada jam 5 ptg
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Dapur
- Dobi layan diri 24 jam berdekatan
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Komputer Riba
- Ubat-ubatan sendiri
- Cadar Tilam, Cadar Bantal, selimut.
- Makanan kegemaran, snek-snek
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Huraian:
Water Watch Penang (WWP) merupakan perbadanan bukan berdasarkan keuntungan yang diasaskan pada bulan November 1997 sebagai sebahagian daripada insiasitif Melestarikan Penang dibawah naugan Socio-economic & Environmental Research Institute (SERI) of Penang.
|
Lokasi Aktiviti:
- Penang (Taman Botani Penang, Taman Rimba Cherok Tokun
- Kuala Lumpur (Taman Persekutuan Bukit Kiara, di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail)
|
Maklumat Lanjut  |
Program Kesukarelawanan:
Pembantu bagi Program Kesedaran Sungai dan Air
- (Biasanya pada Sabtu ke-2 atau ke-4 setiap bulan hanya di Taman Botani Penang, Taman Rimba Cherok Tokun, Taman Persekutuan Bukti Kiara)
- Tugasan: Untuk menjalankan aktiviti pemantauan air sungai bersama pelajar sekolah rendah dan menengah, melawat loji rawatan air dan membantu pelajar dalam pemerhatian dan perbincangan mengenai proses rawatan air, menangkap gambar dan menulis laporan ringkas program, menyemak semula isi kandungan program atau merancang program yang baru.
Program Online: Pembantu komunikasi dan kempen
- Tugasan: menyediakan bantuan komunikasi dan kempen untuk program kesedaran sungai dan air, mewujudkan dan melaksanakan strategi media sosial bagi orang ramai memahami isu semasa tentang air, menguruskan komuniti online di laman WWP di Facebook, dan Instagram.
| Kriteria Sukarelawan:
- Penyabar dan boleh bekerja bersama kanak-kanak / pelajar
- Bersemangat untuk pendidkan alam sekitar terutama dalam Pendidikan air dan meningkatkan kesedaran awam.
- Berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang sederhana
- Berumur lebih 18 tahun
| Anggaran Perbelanjaan:
Penginapan:
- Di Pulau Pinang, hanya 1 bilik bersama katil ‘single’ dan penyaman udara akan disediakan.
Pengangkutan:
- Pengangkutan tidak disediakan
- Bagi kawasan Pulau Pinang, ‘carpooling’ boleh diuruskan.
Makanan:
- Makanan tengah hari akan disediakan (semasa aktiviti kesedaran sungai dan air)
- Selain daripada itu, makanan tidak akan disediakan
Perbelanjaan Tambahan:
|
Jadual Sukarelawan:
- Program kesedaran sungai dan air – 5 jam sehari, 2 kali sebulan (8pg - 12 tgh hari)
- Pembantu komunikasi dan kempen – 2.5 jam sehari, 4 hari seminggu
|
Kemudahan Yang Disediakan:
- Mesin basuh di penginapan di Pulau Pinang sahaja
|
Barang Yang Perlu Dibawa:
- Botol minuman sendiri
- Pilihan – (kamera atau telefon pintar)
|
Layari Laman Web » |
Maklumat Asas  |
Mohon Sekarang
Sebarang pertanyaan? Sila lihat Soalan Lazim atau Hubungi Kami.