Anugerah Roots & Shoots Malaysia atau RASMA adalah sebuah anugerah yang bertujuan untuk memberi impak yang positif kepada golongan belia Malaysia. Anugerah ini mengiktirafkan golongan belia yang telah melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam program ini yang berteraskan nilai-nilai saling menghormati, melindungi dan memelihara alam sekitar.
Anugerah ini telah dianjurkan untuk menggalakkan golongan belia untuk menyumbangkan masa mereka kepada pembangunan alam sekitar yang secara langsungnya akan turut membantu dalam pembangunan jati diri. Ini adalah selaras dengan matlamat Roots & Shoots iaitu: Bertindak melangkaui Kesedaran.

Kes-kes berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia kini semakin meningkat. Roots & Shoots mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan semua sukarelawan dan rakan organisasi kami.
Buat masa ini kami mengalu-alukan permohonan untuk menjadi ahli sukarela kerana aktiviti-aktiviti sukarelawan akan dijalankan sekitar bulan Ogos - Oktober. Kami akan terus memantau perkembangkan situasi Covid-19 dan akan memaklumkan status aktiviti-aktiviti kami ke semua pihak dari semasa ke semasa.