Home Page (BM)

Memperkenalkan RASMA

The Roots & Shoots Malaysia Award

Pembangunan Belia Malaysia Melalui Kerja Sukarelawan

Mohon Sekarang

Tarikh Tutup Pada 6 Apr 2025

Anugerah Roots & Shoots Malaysia atau RASMA adalah sebuah anugerah yang bertujuan untuk memberi impak yang positif kepada golongan belia Malaysia. Anugerah ini mengiktirafkan golongan belia yang telah melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam program ini yang berteraskan nilai-nilai saling menghormati, melindungi dan memelihara alam sekitar.

Anugerah ini telah dianjurkan untuk menggalakkan golongan belia untuk menyumbangkan masa mereka kepada pembangunan alam sekitar yang secara langsungnya akan turut membantu dalam pembangunan jati diri. Ini adalah selaras dengan matlamat Roots & Shoots iaitu: Bertindak melangkaui Kesedaran.

Pengalaman Sukarela

Aashriita A/p Muniandy
Graduan 2022
Pernahkah anda terfikir bahawa kita dan pokok sebenarnya mempunyai banyak persamaan? Seperti mana masa bersama mengeratkan hubungan, menyertai aktiviti sukarelawan untuk alam juga memberi manfaat kepada kita. Dengan menanam pokok dan menjaga kawasan hijau, kita bukan sahaja melindungi alam sekitar tetapi juga meningkatkan kesejahteraan diri. Jadi, jom kita turun padang, tanam pokok, dan membesar bersama untuk menjadikan dunia ini lebih baik bagi manusia dan alam!
Lee Qai Pin
Graduan 2022 & 2023
Selepas menyertai RASMA, saya menjadi lebih empati dan penyayang terhadap haiwan serta lebih sedar tentang tindakan saya dalam mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Saya terus memperjuangkan dan berkongsi pengetahuan tentang pemuliharaan alam dengan rakan-rakan di mana sahaja saya berada. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa RASMA.
Natashah Nor Diana Baharom
Graduan 2021 & 2022
Saya sendiri dapat mengakui bahawa RASMA telah memainkan peranan penting dalam membentuk saya menjadi individu yang lebih fokus serta meningkatkan kemahiran interpersonal saya. Dengan pengalaman itu, saya berjaya memulakan projek sendiri bersama rakan-rakan yang dipanggil Hand For Joy, yang memberi tumpuan kepada membantu komuniti yang memerlukan.


Tekan sini untuk lebih daripada sukarelawan kami »

Pesanan Jane

“Together we can, Together we will, Together we must save the world!”

Dr. Jane Goodall merupakan salah seorang ahli primatologi yang terkenal di dunia. Dr. Goodall terlibat di dalam kajian cimpanzi lebih dari 40 tahun. Kini, beliau mengelilingi dunia 300 hari setahun untuk menyampaikan pesanan mengenai keamanan dan pemuliharaan dunia. Kenali Dr.Goodall dengan lebih lanjut di sini.

"Apa yang paling penting adalah untuk kita terus punyai harapan. Jika kita tidak ada harapan, kita akan berputus-asa. Di dalam dunia ini yang penuh dengan keganasan, golongan mudalah yang memberi saya harapan. Apabila anda memahami isu-isu yang sering berlaku dan berusaha untuk mengambil tindakan, apa yang bakal anda lakukan di dunia ini adalah sesuatu yang menakjubkan."

"Nasihat yang saya ingin berikan kepada golongan muda adalah nasihat yang sama yang telah diberikan oleh ibu saya .Ketika berumur 10 tahun, saya sering berkata bahawa apabila saya dewasa, saya akan pergi ke Afrika untuk hidup bersama hidupan liar dan menulis buku mengenai mereka. Semua orang ketawakan saya. Bagaimana saya boleh melakukannya? Pada ketika itu, keluarga saya miskin. Perang Dunia ke-2 juga sedang berlaku dan saya hanyalah seorang kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ibu saya sering mengatakan bahawa “jika kamu mahukan sesuatu, kamu harus berkerja keras, mengambil kesempatan ke atas semua peluang yang ada dan jangan berputus asa.” Mesej tersebutlah telah saya sampaikan kepada golongan muda diseluruh dunia."


Kenapa Ambil Bahagian?

Melebihi 30 Rakan Organisasi yang Menarik

Anda akan berpeluang untuk belajar sambil membantu rakan-rakan organisasi kami.
Berikan Impak yang Positif

Gunakan akal, emosi dan kudrat untuk mengubah dunia.
Jadilah Sebahagian daripada Komuniti RASMA

Komuniti Rasma terdiri daripada golongan muda yang mempunyai hasrat yang sama dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti.
Penghargaan apabila Tamat Tempoh Sukarela

Anda akan dianugerahkan dengan sijil penghargaan selepas menghabiskan tempoh sukarelawan dan akan menyertai keluarga Alumni.
Pra-kelayakan untuk Biasiswa Penuh (untuk RASMA Graduan)

Anda akan mendapat pra-kelayakan untuk biasiswa penuh dalam “Bachelor Degree Program in International Program for Sustainable Development” di Universiti Chang Jung. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Disokong Oleh

Rakan Organisasi