Home Page (BM)

Memperkenalkan RASMA

The Roots & Shoots Malaysia Award

Pembangunan Belia Malaysia Melalui Kerja Sukarelawan

Mohon Sekarang

Tarikh Buka pada 16 Mac 2024

Anugerah Roots & Shoots Malaysia atau RASMA adalah sebuah anugerah yang bertujuan untuk memberi impak yang positif kepada golongan belia Malaysia. Anugerah ini mengiktirafkan golongan belia yang telah melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam program ini yang berteraskan nilai-nilai saling menghormati, melindungi dan memelihara alam sekitar.

Anugerah ini telah dianjurkan untuk menggalakkan golongan belia untuk menyumbangkan masa mereka kepada pembangunan alam sekitar yang secara langsungnya akan turut membantu dalam pembangunan jati diri. Ini adalah selaras dengan matlamat Roots & Shoots iaitu: Bertindak melangkaui Kesedaran.

Pengalaman Sukarela

Nurfatin Najihah, 23
Saya berasa rendah hati menjadi sukarela di Perbadanan Taman Negeri Perak di bawah Anugerah Roots & Shoots Malaysia. Pengalaman ini memberi saya peluang untuk menawarkan khidmat saya, iaitu untuk melaksanakan serta menjalankan program pengurusan sisa–sisa bersama kanak-kanak di salah sebuah perkampungan orang asal di Royal Belum. Saya juga diberi peluang untuk berinteraksi bersama komuniti orang asal dengan lebih dekat, terutamanya kaum suku Jahai.
Maryam Husna, 25
Saya berjaya menemui minat saya di IDEAS. Di sini saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang isu-isu dan langkah-langkah bagi memelihara dan memulihara alam sekitar ini. Saya telah terlibat di dalam kajian isu minyak kelapa sawit di Malaysia dan di samping itu telah berpeluang menjadi pengacara di beberapa persidangan yang telah dianjurkan oleh IDEAS. Saya cuba menpelajari dengan lebih mendalam cara-cara bagaimana kita boleh mencapai kemajuan tanpa mengorbankan alam persekitaran.
Max Han, 18
Saya telah berkhidmat di dua projek yang berbeza – Night Spotting Project (NSP) dan Perhentian Turtle Project (PTP). Saya telah membantu kumpulan NSP dalam kajian mereka mengenai haiwan nokturnal yang terancam dan juga telah membantu melaksanakan program pengurusan sisa di sekolah-sekolah yang terdekat bersama dengan Ecobricks di Langkawi. Saya telah mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai apabila menyusuri hutan untuk mendokumentasi pelbagai jenis haiwan dan juga apabila bekerjasama dengan kanak-kanak mengenai Eko Pendidikan. Dengan PTP, saya telah banyak belajar mengenai penyu semasa pemantauan ‘snorkeling’ dan apabila saya membuat rondaan pantai setiap malam untuk menyaksikan penyu bertelur.


Tekan sini untuk lebih daripada sukarelawan kami »

Pesanan Jane

“Apabila anda memahami isu-isu yang sering berlaku dan berusaha untuk mengambil tindakan, apa yang bakal anda lakukan di dunia ini adalah menakjubkan.”

Dr. Jane Goodall merupakan salah seorang ahli primatologi yang terkenal di dunia. Dr. Goodall terlibat di dalam kajian cimpanzi lebih dari 40 tahun. Kini, beliau mengelilingi dunia 300 hari setahun untuk menyampaikan pesanan mengenai keamanan dan pemuliharaan dunia. Kenali Dr.Goodall dengan lebih lanjut di sini.

"Apa yang paling penting adalah untuk kita terus punyai harapan. Jika kita tidak ada harapan, kita akan berputus-asa. Di dalam dunia ini yang penuh dengan keganasan, golongan mudalah yang memberi saya harapan. Apabila anda memahami isu-isu yang sering berlaku dan berusaha untuk mengambil tindakan, apa yang bakal anda lakukan di dunia ini adalah sesuatu yang menakjubkan."

"Nasihat yang saya ingin berikan kepada golongan muda adalah nasihat yang sama yang telah diberikan oleh ibu saya .Ketika berumur 10 tahun, saya sering berkata bahawa apabila saya dewasa, saya akan pergi ke Afrika untuk hidup bersama hidupan liar dan menulis buku mengenai mereka. Semua orang ketawakan saya. Bagaimana saya boleh melakukannya? Pada ketika itu, keluarga saya miskin. Perang Dunia ke-2 juga sedang berlaku dan saya hanyalah seorang kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ibu saya sering mengatakan bahawa “jika kamu mahukan sesuatu, kamu harus berkerja keras, mengambil kesempatan ke atas semua peluang yang ada dan jangan berputus asa.” Mesej tersebutlah telah saya sampaikan kepada golongan muda diseluruh dunia."


Kenapa Ambil Bahagian?

30 Rakan Organisasi yang Menarik

Anda akan berpeluang untuk belajar sambil membantu rakan-rakan organisasi kami.
Berikan Impak yang Positif

Gunakan akal, emosi dan kudrat untuk mengubah dunia.
Jadilah Sebahagian daripada Komuniti RASMA

Komuniti Rasma terdiri daripada golongan muda yang mempunyai hasrat yang sama dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti.
Penghargaan apabila Tamat Tempoh Sukarela

Anda akan dianugerahkan dengan sijil penghargaan selepas menghabiskan tempoh sukarelawan dan akan menyertai keluarga Alumni.
Pra-kelayakan untuk Biasiswa Penuh (untuk RASMA Graduan)

Anda akan mendapat pra-kelayakan untuk biasiswa penuh dalam “Bachelor Degree Program in International Program for Sustainable Development” di Universiti Chang Jung. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Disokong Oleh

Kerjasama Dengan

Rakan Organisasi